BM | EN | 中文

KANGAROO MUDA CABARAN BAHARU SKUAD B-18

68727765_2320168121413272_2397441858339864576_n.jpg
Advertisement

PASUKAN Bawah-18 Tahun (B-18) negara bakal berdepan lawan terkuat mereka dalam aksi Kumpulan B aksi Kejuaraan AFF, di bandar Ho Chi Minh, Vietnam petang esok.

Skuad muda Kangaroo tersebut turut diperkuatkan oleh pemain liga utama Australia (A-League) dan juga pemain dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley. Tiga pemain dari A-League tersebut mewakili kelab Perth Glory, Sydney FC dan Melbourne Victory.

Jurulatih B-18, Brad Maloney, yang merupakan anak kelahiran Australia, juga mengakui bahawa perlawanan esok merupakan perlawanan yang mencabar buat anak buahnya dengan pasukan lawan diletakkan selaku pasukan pilihan saingan Kumpulan B.

Advertisement

“Ia akan menjadi satu aksi sangat sukar buat kita namun pendekatan yang sama bakal digunakan sama seperti pemain lain,” katanya, seperti dilaporkan Harian Metro.

Maloney bagaimanapun berkata, skuad B-18 negara mengekalkan prinsip sama iaitu sentiasa mengharapkan sesuatu yang positif dalam setiap perlawanan yang diharungi di Ho Chi Minh.

Setelah berdepan tiga perlawanan, skuad kendalian Maloney, yang menewaskan Kemboja 3-0 dalam perlawanan terdahulu, berada di tempat kedua di belakang Australia dan dibezakan dengan tiga mata.

Advertisement

Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B akan menempah slot ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-18.

Malaysia merupakan juara bertahan kejohanan selepas menumpaskan Myanmar 4-3 di Surabaya, tahun lalu.

 

Advertisement

Sumber: Harian Metro

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top