BM | EN | 中文

Kanak-kanak perempuan 2 tahun disyaki maut akibat didera ibu kandung dan teman lelaki

polis-dadah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipercayai maut akibat didera ibu kandung serta teman lelakinya, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad memberitahu, kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.10 tengah hari di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menurut beliau, doktor yang merawat kanak-kanak itu mempercayai terdapat unsur penderaan berdasarkan kecederaan dialami mangsa.

Advertisement

“Pemeriksaan fizikal yang dijalankan mendapati terdapat kesan lebam di kedua-dua bahagian tangan mangsa, selain di bahagian perut.

“Turut ditemui kesan gigitan di kedua-dua tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kanak-kanak itu dihantar ke HSI Ahad lalu pada jam 10.40 pagi oleh ibunya akibat masalah jangkitan kuman yang serius.

Advertisement

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian tengkorak dan usus akibat hentakan objek tumpul.

“Sehubungan itu, polis bertindak menahan ibu mangsa yang berusia 22 tahun beserta teman lelakinya yang berusia 33 tahun pada jam 3.54 pagi, hari ini,” ujarnya.

Mohd Taib turut memberitahu, ibu mangsa bekerja sebagai operator kilang manakala teman lelakinya tidak bekerja dan mangsa berada di bawah jagaan teman lelakinya ketika ibu mangsa keluar bekerja.

Advertisement

“Siasatan mendapati ibu mangsa dan teman lelakinya telah menetap bersama sejak lebih setahun lalu di sebuah apartmen di Kempas, di sini,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top