BM | EN | 中文

Kanak-kanak lelaki 11 tahun lemas cuba selamat rakan

IMG-20200228-WA0014.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun lemas selepas bertindak cuba menyelamatkan dua orang rakannya yang hampir lemas dalam satu kejadian di Kampung Maju Jaya, Seelong.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.38 petang itu, dua rakannya bagaimanapun selamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Saiful Bahri Safar berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Mohd Afiq Haqim.

Advertisement

“Semasa kejadian, Mohd Afiq sedang memancing sebelum terlihat dua rakannya hampir lemas dan bertindak cuba menyelamatkan mereka.

“Mangsa bagaimanapun terperangkap dalam pusaran air sebelum lemas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah Saiful Bahri, mayat mangsa kemudian ditemui pada kedalaman dua meter dan telah disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan.

Advertisement

“Dua rakan mangsa selamat manakala operasi ditamatkan pada jam 5.18 petang,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top