BM | EN | 中文

Kanak-kanak dua tahun tercampak keluar daripada kereta dan terjatuh di lorong kanan Lebuhraya PLUS

PLUS.jpg

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kereta dan terjatuh di lorong kanan Lebuhraya PLUS.

Advertisement

SEREMBAN, 12 FEB: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar daripada sebuah kenderaan di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, kelmarin.

Kanak-kanak itu yang kemudiannya terjatuh di lorong kanan hanya mengalami kecederaan ringan.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 59 saat yang tular di media sosial itu, kelihatan dua buah kenderaan memandu dalam keadaan merbahaya sebelum kanak-kanak berkenaan tercampak keluar dan jatuh ke atas lebuhraya.

Advertisement

Pengguna lebuhraya lain bertindak memperlahankan kenderaan mereka sebelum seorang pemandu lori bergegas mendapatkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.21 petang.

Menurutnya, dua buah kenderaan yang memandu secara berbahaya itu adalah sebuah Perodua Myvi dan sebuah Honda Jazz.

Advertisement

“Kenderaan tersebut mengubah laluan sebelum menghimpit sebuah Honda Civic yang berada di lorong kanan menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melanggar penghadang besi tengah sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Myvi di lorong tengah.

“Akibat perlanggaran itu, kanak-kanak lelaki di dalam kereta Honda Civic tercampak keluar dari kereta dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya,” katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan.

Tambah beliau, kanak-kanak lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement

“Kedua-dua kenderaan yang dipandu secara merbahaya telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top