BM | EN | 中文

KANAK-KANAK DUA TAHUN, MAUT KEMALANGAN

IMG-20191107-WA0007.jpg
Advertisement

 

TANGKAK, 7 NOV : Seorang kanak-kanak berumur dua tahun maut selepas tersepit dalam kemalangan berlaku di hadapan Balai Polis Kebun Baru,Tangkak, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Izwan Mohamad berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian terus ke balai pada jam 10.54 malam berkenaan kemalangan itu.

Advertisement

Katanya, seramai sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Rush yang bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Terdapat lima mangsa yang mengalami kecederaan dan seorang mangsa kanak-kanak berusia dua tahun yang tersepit telah dikeluarkan oleh pasukan bomba telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Segamat.

Jelasnya, pihak bomba menamatkan operasi pada kira-kira jam 12 pagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top