BM | EN | 中文

Kanak-kanak dua tahun hidap penyakit jantung perlukan bantuan

derma.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Pagoh, Muar memerlukan sumbangan untuk membiayai kos rawatan susulan akibat penyakit jantung yang dihidapinya.

Kisah Noor Syahirah A Azmi tular di laman Facebook sejak beberapa hari lalu, mengundang simpati orang ramai dimana rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan kanak-kanak tersebut.

Menurut ibunya Siti Aishah Sekpon, 29, sejak anaknya disahkan menghidapi penyakit saluran jantung sempit, perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk menangungi kos pembedahan adalah sebanyak RM110,000.

Advertisement

Difahamkan, bagi kos pembedahan, keluarga tersebut telah menerima bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pihak Baitulmal.

“Anak saya telah menjalani pembedahan pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada bulan September dan seterusnya pada kali kedua pada bulan Oktober.

“Akibat daripada penyakit yang dihidapi anak saya, Noor Syahira juga kini sedang menhidapi jantung terbalik selain komplikasi terhadap dinding organ tersebut,” katanya ketika dihubungi Johorkini, hari ini.

Advertisement

Siti Aishah (kanan) dan Noor Syahirah (kiri)

Siti Aishah yang merupakan seorang suri rumah berkata suaminya, A Azmi Ani, 42, kini bekerja sebagai pembancuh air minuman di RnR Pagoh demi menampung kos rawatan susulan selain perjalanan keluarganya ke IJN.

“Sekarang saya menemani Noor Syahira untuk rawaran susulan di IJN, manakala seorang lagi anak saya, iaitu kakak kepada Noor Syahira, enam tahun, tinggal bersama neneknya di Kampung Sebasu Paya Redan, di Pagoh, Muar bersama-sama suami saya,” katanya.

Sehubungan dengan itu orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan sumbangan kepada akaun berikut:

Advertisement

Bank Simpanan Nasional (BSN)
No Akaun : 011 6329 0000 32082 / Siti Aishah Sekpon

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top