BM | EN | 中文

Kanak-kanak dicederakan wanita kurang siuman di Taman Mount Austin

Kanak-kanak-dicederakan-wanita-kurang-siuman-guna-garpu.jpeg

Wanita yang dipercayai mempunyai gangguan mental menyerang seorang kanak-kanak menggunakan garpu dalam kejadian di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor semalam (Gambar Ehsan Media Mulia Sdn Bhd)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MAC: Seorang kanak-kanak perempuan cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita disyaki kurang siuman menggunakan garpu di Jalan Austin Height 3, Taman Mount Austin, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kejadian berkenaan berlaku di hadapan sebuah pusat tuisyen kira kira 8 pagi.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa yang memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun telah didatangi seorang wanita disyaki kurang siuman.

Advertisement

“Wanita terbabit mencucuk anak perempuannya menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Padzli berkata pihaknya kini sedang mengesan wanita tidak dikenali mangsa itu untuk siasatan mengilast Seksyen 324 Kanum Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top