BM | EN | 中文

KANAK-KANAK BUKAN ISLAM ANTARA 82 SERTAI KHATAN PERDANA KPJ PASIR GUDANG

khatan-perdana-kpj-pasir-gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG 6 DIS: Dua kanak-kanak bukan Islam antara 82 kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Sempena Cuti Sekolah anjuran Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Pasir Gudang, di sini hari ini.

Bapa kepada salah seorang kanak-kanak itu, James Anak Jamang, 48, memberitahu, walaupun bukan beragama Islam, namun amalan berkhatan memang menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Iban.

“Memang tradisi masyarakat Iban untuk berkhatan, jadi saya meneruskan amalan ini buat anak lelaki saya.

Advertisement

“Ini kali pertama saya menyertai program berkhatan beramai-ramai seperti ini, kemeriahannya bagus bagi menghilangkan perasaan takut anak-anak,” katanya.

Dalam program tersebut, seramai 82 kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun terlibat dalam program berkhatan yang merupakan program tahunan anjuran hospital pakar berkenaan.

Bapa kepada seorang lagi kanak-kanak bukan Muslim yang menyertai program tersebut, Francis Anak Kanchin, 38, pula memberitahu, amalan berkhatan bagus kerana ia menitikberatkan kesihatan dan kebersihan.

Advertisement

“Saya meneruskan amalan ini kepada anak saya kerana ia sesuatu yang baik untuk kebersihan dan kesihatannya.

“Anak saya sendiri berasa teruja untuk menyertai program ini kerana majoriti rakannya beragama Islam dan mereka juga turut berkhatan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Hazarul Azly Hamzah berkata, program itu telah memasuki tahun keempat penganjurannya.

Advertisement

“Selain bagi mengekalkan tradisi amalan berkhatan beramai-ramai, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk menghilangkan perasaan cemas bagi kanak-kanak terlibat.

“Antaranya termasuklah pertunjukan silat, perarakan, mandi air pancut serta kemunculan watak transformers,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top