BM | EN | 中文

Kanak-kanak 12 tahun antara perokok di premis makanan

khuzzan-kedai-makan-2.jpg

Mohd Khuzzan Abu Bakar menyantuni pengunjung kedai makan sambil menyampaikan maklumat berkenaan larangan merokok di premis makanan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JAN: Kanak-kanak berusia 12 tahun antara 276 perokok yang diberi notis kesalahan kerana merokok di tempat makan sejak undang-undang baharu itu dikuatkuasakan bermula 1 Januari lalu.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu antara 30 pesalah yang berusia bawah 18 tahun.

“Setakat semalam, seramai 153 pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memeriksa 4,697 premis makanan di seluruh negeri.

Advertisement

“Keseluruhan 344 notis kesalahan telah dikeluarkan membabitkan 276 perokok dan 68 premis yang gagal mempamer tanda larangan merokok dengan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM78,500,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika menyertai Ops Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Mengikut undang-undang itu, setiap individu yang merokok dan premis yang gagal mempamer tanda larangan merokok boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 masing-masing.

Advertisement

Tambah Mohd Khuzzan, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan kempen khas iaitu Kempen Speak Out untuk memperkasa golongan bukan perokok.

“85 peratus rakyat negara ini merupakan individu bukan perokok namun kebanyakan mereka tidak berani menyuarakan hak.

“Justeru itu kempen ini diadakan bagi memperkasa individu bukan perokok untuk mendapatkan persekitaran yang bebas daripada asap rokok,” tambahnya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top