BM | EN | 中文

KAMPUNG TUI DI LABIS PERINTIS PROGRAM DESA PINTAR

rina-harun-mou-desa-pintar-kg-tui-Labis.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 22 OGOS: Kampung Tui, Bukit Kepong di Labis, Johor bakal menjadi perintis program Desa Pintar, sebuah usahasama mewujudkan ekonomi digital bagi membantu kumpulan sasar seperti usahawan, suri rumah, k-ekonomi untuk belia dan pelajar serta komuniti luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, menerusi program tersebut ia membolehkan masyarakat di luar bandar menjana ekonomi melalui platform yang dibangunkan rakan strategik dan meluaskan peluang pendidikan secara dalam talian.

“Walaupun belum dilancarkan, seramai 22 usahawan luar bandar sudah menjalankan perniagaan secara dalam talian dan ini kali pertama mereka mencuba,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kementeriannya dan rakan strategik bagi pelaksanaan Program Desa Pintar di Kuala Lumpur, kelmarin.

Hadir sama timbalannya, R Sivarasa, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Noor Kamarul Anuar Nurruddin.

Selain TM, antara syarikat yang turut terbabit ialah Axiata Digital Ecode Sdn Bhd, Samsung, Vettons Sdn Bhd, EBDesk Malaysia Sdn Bhd dan IPSB Technology selaku rakan pelaksana Amazon Web Services.

Advertisement

Program Desa Pintar adalah inisiatif kementerian bagi mengurangkan jurang digital antara luar bandar dan bandar, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti luar bandar serta menjana pendapatan menerusi platform itu.

“Masyarakat luar bandar juga perlu seiring dengan kemajuan arus perdana termasuk ke arah menggembleng inisiatif ekonomi digital.

“Justeru, kementerian mengambil pendekatan holistik dengan mengadakan kolaborasi pintar bersama pemain industri iaitu ‘public private partnership’ ke arah menjayakan inisiatif bersepadu dan berimpak tinggi,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, MyMetro melaporkan Rina sebagai berkata, kerajaan mensasarkan untuk menubuhkan 191 Desa Pintar di luar bandar dalam tempoh lima tahun bagi mewujudkan ekonomi digital di kawasan berkenaan.

“Kita harap ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk luar bandar,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top