BM | EN | 中文

Kampung Gunung Pulai tidak dikenakan PKPD – Pengarah Kesihatan Johor

gunung-pulai-1-e1444191563499.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 NOV: Kawasan Kampung Gunung Pulai dekat Kulai, tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas, kata Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.

Beliau menjelaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan berkenaan.

“Memang ada kes (COVID-19) dan pengawalan, pengesanan kontak dan saringan dijalankan di sana. Buat masa ini, belum lagi (PKPD), kami kena buat penilaian risiko dan trend penularan serta bilangan kes dahulu.

Advertisement

“Setelah itu, peringkat daerah akan beri cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri untuk dibawa ke MKN Kebangsaan dengan nasihat KKM, barulah ditentukan sama ada hendak dibuat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau PKPD,” katanya, lapor Bernama.

Tular mesej di laman aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook sejak semalam, yang mendakwa kawasan berkenaan dikenakan PKPD berikutan terdapat kes positif COVID-19 di kampung tersebut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top