BM | EN | 中文

“Kami terima banyak aduan kos sanitasi dan disinfeksi yang tinggi” – Exco Pengguna Johor

chong-fat-full-mazlan-bujang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Terdapat banyak faktor menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran termasuk persediaan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full berkata, perkara itu juga menyebabkan industri sanitasi atau disinfeksi mengambil peluang untuk mengenakan caj yang tinggi dan berlebihan terhadap pengguna mahupun peniaga.

“Kami di sini mendapat banyak keluhan dan aduan oleh para peniaga dan pengguna berkenaan hal tersebut.

Advertisement

“Kenaikan harga yang melampau oleh segelintir syarikat luar yang menjalankan perkhidmatan disinfeksi ini telah menyebabkan ramai pengguna tidak peduli kepentingannya.

“Dan mereka memilih untuk tidak mengambil perkhidmatan tersebut, sedangkan nyawa dan kesihatan mereka sedang terancam dan pilihan ini bukanlah pilihan yang bijak,” kata Dr Chong dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian pada program pelancaran Jom Cegah Covid-19 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), semalam.

Advertisement

Kata Dr Chong pihaknya berasa bimbang dan akan terus melaksanakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini bersama kementerian dan persatuan-persatuan pengguna.

Justeru itu katanya, kempen Jom Cegah Covid-19 anjuran MTPN menyumbang perkhidmatan disinfeksi secara percuma ke premis perniagaan,
rumah kebajikan, pusat pendidikan, sekolah dan bangunan kerajaan semata-mata demi melindungi kepentingan pengguna.

“MTPN bukan sahaja dapat mengurangkan beban, malah dapat melindungi pengguna dan menjadi contoh yangbaik terhadap masyarakat di luar sana,” katanya lagi.

Advertisement

Pada majlis sama Exco Pendidikan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mazlan Bujang berkata rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa sebuah norma atau budaya baharu perlu dijalani dengan persediaan yang rapi.

“Kita akui, kita pernah berhadapan dengan situasi bencana alam seperti banjir dan jerebu sebelum ini, akan tetapi kesan pandemik ini jauh berbeza sehingga seluruh tahap pendidikan terpaksa ditangguhkan manakala warga pendidik pula diminta untuk bekerja dari rumah.

“Saya percaya pendidikan juga merupakan perkara yang penting untuk pengguna. Tatacara, pendidikan pematuhan SOP dan gaya hidup norma baharu untuk pengguna dan peniaga merupakan tanggungjawab besar yang dipikul oleh jawatankuasa pengguna.

Advertisement

“Kami menaruh harapan yang tinggi terhadap kempen yang akan dilancarkan ini, dengan harapan ia dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat agar terus berjuang dan jangan leka terhadap wabak ini,” kata Mazlan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top