BM | EN | 中文

‘Kami sedia berbahas, tapi lihat apa yang berlaku’

Gobind-Sungh-Deo.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 JUL: Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku pada sidang Parlimen hari ini.

Katanya, sidang hari ini penting kerana melibatkan pembentangan Menteri Kewangan dan rakyat mahu mengetahui jawapan kerajaan bagi masalah sedia ada iaitu pandemik Covid-19.

“Jadi apabila kita lihat telatah speaker seperti ini seolah-olah tidak menunjukkan sebarang pentingnya jawapan daripada kerajaan untuk kita tangani masalah.

Advertisement

“Apa yang penting kita semua sebagai ahli parlimen pembangkang, kita berada dalam dewan, kita bersedia berbahas dan berhujah tetapi kita lihat apa berlaku pada hari ini,” katanya, lapor Roketkini.

Beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berharap Parlimen akan terus berlangsung semula pada Isnin.

“Ini adalah suatu perkara yang sangat penting kepada rakyat dan masyarakat umum. Dan saya harap bahawa persidangan Parlimen akan diteruskan pada hari Isnin,” katanya.

Advertisement

Media melaporkan, Dewan Rakyat ditangguhkan untuk kali kelima hari ini selepas Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon membuat pengumuman pada pukul 5.15 petang tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila persidangan akan bersambung walaupun rancangan asalnya ia akan berakhir pada Isnin.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top