BM | EN | 中文

“KAMI PIKUL MANDAT DIBERI, UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN DR FARID”

salahuddin-ayub.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 15 NOV: Kerajaan Johor dan pusat telah memastikan projek-projek pembangunan di Tanjung Piai yang diusulkan oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik diteruskan.

Peruntukan bernilai RM14.75 juta itu melibatkan 17 projek termasuk penambaikan dewan, padang sekolah dan lain-lain dalam kawasan parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Dalam ucapan sempena Program Visit MyKampung di Serkat pagi tadi, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bekata, sebagai kerajaan, amanat dan hasrat Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akan dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sebagai kerajaan, kami pikul amanah yang diberi.

“Dulu, lama kami pembangkang. Macam-macam kami lalui, masuk lokap, kena gas pemedih mata untuk lawan kerajaan zalim.

Advertisement

“Alam berputar, sekarang kami kerajaan, kami pikul mandat yang diberi, kami teruskan perjuangan (Allahyarham) Dr Farid,” kata Salahuddin

Salahuddin turut bertanya kepada hadirin bagaimana arwah (Dr Farid) boleh bawa masuk RM14.75 juta kepada masyarakat Tanjung Piai.

“Arwah Dr. Farid boleh bawa projek RM14.7 juta untuk rakyat Tanjung Piai sebab dia merupakan parti kerajaan baharu,” kata Salahuddin disambut tepukan hadirin.

Advertisement

Tambah ahli parlimen Pulai itu turut mempersoalkan langkah dilakukan kerajaan untuk Tanjung Piai semasa memegang tampuk pemerintahan.

“Semasa jadi kerajaan pemerintah mereka tidak melakukan perubahan, apatah lagi ketika jadi pembangkang sekarang.

“Orang Tanjung Piai tentunya maklum tentang arwah (Dr Farid). Budi bahasanya tinggi, tak sombong, komited siang malam memikirkan nasib masyarakatnya,” kata Salahuddin mengimbas pengalamannya bertugas bersama Dr Farid.

Advertisement

Beliau turut menceritakan betapa komitednya arwah menggalas tanggungjawab yang diberi.

“Malam sebelum arwah meninggal, sampai ke lewat malam dia bekerja.

“Kemudian jam 1 pagi arwah berjumpa ibunya sekejap sebelum menyambung semula tugasnya pada jam 3 pagi bersama pegawainya meneliti fail dan masalah orang kampung.

Advertisement

“Tentunya berita sedih untuk kita apabila jam 6 pagi dia tinggalkan kita semua.

“Inilah dia wakil rakyat yang dipilih, dia galas amanah orang Tanjung Piai,” kata Salahuddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top