BM | EN | 中文

KAMI LEBIH RISAU SELEPAS SURUT

banjir.jpg

BATU PAHAT, 17 DIS: Tinjauan Johorkini di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Suria Perdana, Ayer Hitam mendapati rata-rata mangsa banjir lebih khuatir menghadapi suasana selepas surut berbanding semasa berlakunya banjir.

Fazlin

Bagi seorang mangsa dari Parit Semarang, Fazlin Ahmad, 45, sewaktu banjir mereka tidak menghadapi banyak masalah lagi-lagi selepas ditempat di PPS.

“Di sini (PPS), semuanya boleh dikatakan cukup, makan pakai cukup dan ruang tidur yang selesa”

“Yang jadi masalah buat kami ialah bila sudah surut nanti”

“Rumah kami rumah kampung, dinding dan perabot rumah dari kayu. Bila kena air banjir rumah dan perabot kembang macam biskut cicah kopi.

“Setakat ini bantuan yang sangat kami harapkan ialah bantuan untuk menguruskan kemusnahan selepas banjir”

“Bantuan itu seperti membersihkan lumpur serta membaiki rumah yang sudah rosak,” katanya.

Fazlin juga menyatakan kejadian banjir yang berlaku setiap tahun ini adalah disebabkan laluan parit yang tidak lancar.

“Apabila parit tidak dapat mengalirkan air, maka apabila hujan lebat sepanjang hari air akan bertakung dan melimpah ke luar,” katanya.

Mohamad Syafiq

Bagi seorang lagi mangsa banjir dari Parit Semarang, Mohamad Syafik Md Zainal, 21, berkata sejak mendaftar di PPS SMK Suria Perdana, keperluan asas disediakan selengkapnya.

“Namun, menjadi masalah kepada mangsa banjir sekarang ialah menghadapinya bila surut nanti.

“Setakat kini, saya dikhabarkan dapur rumah saya mulai senget menunjukkan tanda hendak roboh.

“Disamping kerugian kerosakan rumah dan perkakas yang hilang dan rosak, kami terpaksa berdepan dengan sampah sarap dan lumpur di kediaman kami,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top