BM | EN | 中文

Kalau tiada parlimen, PSC perlu dibenar bersidang

Kelvin-Yii-MP-Kuching.jpg

Gambar Ehsan The Malay Mail

Advertisement

KUCHING, 18 MAC: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu membenarkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk terus berfungsi sebagai alternatif kepada penangguhan sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii berkata, dengan PSC bersidang membolehkan wakil rakyat terlibat membincangkan pelbagai isu rakyat selain mendapatkan data-data terkini yang diperlukan.

“Jika mereka takut dengan politik pun, sekurang-kurangnya benarkan PSC untuk berfungsi kerana kami juga mahu berikan pandangan kami.

Advertisement

“Bagi saya, jika kerajaan yakin dengan pengurusan Covid-19, maka mereka perlu mengeluarkan data dan berdepan dengan soalan ahli parlimen atau dalam PSC.

“Kami mahu tahu data berkenaan. Data yang dikeluarkan terlalu makro dan am,” katanya, lapor Roketkini

Kata Kelvin, beliau berdepan kesukaran apabila kerajaan hanya memberikan data secara mikro atau am mengenai isu-isu termasuk Covid-19 di Sarawak.

Advertisement

“Sebagai contoh, mereka (kerajaan) tidak memberikan maklumat yang mendalam mengenai data Covid-19 di Sarawak.

“Kami mahu tahu maklumat terperinci seperti kawasan wabak, jadi kami boleh buat keputusan yang berkesan.

“Sekali lagi ia memerlukan data daripada kerajaan, malah bagaimana mereka membuat keputusan mengenai pembukaan semula sekolah, perniagaan.

Advertisement

“Semua ini perlu dilakukan dengan data sains dan bukan dengan kenyataan secara am sahaja,” jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau memahami sesetengah data tidak dapat dikongsi disebabkan faktor keselamatan negara.

Namun, tegas beliau, bagi isu-isu atau data yang sensitif kerajaan mungkin boleh membincangkannya dengan PSC terlebih dahulu.

Advertisement

“Mungkin untuk maklumat yang sensitif, kerajaan boleh dedahkan kepada PSC dulu.

“Sekurang-kurangnya kita boleh putuskan sama ada maklumat ini boleh didedahkan kepada umum atau tidak,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top