BM | EN | 中文

“Kalau Selangor dan Terengganu laksana pengecualian cukai harta rumah kos rendah, Johor pun boleh”

Yeo-Tung-Siong-Pekan-Nanas-PH.jpg
Advertisement

PONTIAN, 7 DIS: Pengecualian cukai harta bagi rumah kos rendah boleh dilaksanakan di Johor memandangkan kerajaan Selangor dan Terengganu turut melaksanakan dasar yang sama.

Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata, menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 127, pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa mengenakan kadar tahunan dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan.

“Ini bermakna dengan menentukan kadar cukai harta rumah kos rendah kepada sifar, kerajaan negeri dapat mengecualikan cukai harta rumah kos rendah.

Advertisement

“Walaupun Menteri Besar berkata pembangkang adalah pelengkap kepada kerajaan dan juga rakan strategi, usul yang pro rakyat ditolak apabila dibawa ke dewan untuk memohon suatu persefahaman.

“Saya amat tidak bersetuju dengan pandangan bahawa kerajaan negeri tidak berkuasa mengecualikan cukai harta bagi rumah kos rendah memandangkan kerajaan Selangor dan Terengganu turut melaksanakan dasar yang sama,” kata Yeo dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Yeo mengemukakan usul pengecualian cukai harta untuk rumah kos rendah pada sidang Dewan Johor petang ini.

Advertisement

Usul tersebut ditolak dalam undi belah bagi dengan keputusan 29(PN), manakala 27(PH.

Tambah beliau, Adun Johor sepatutnya bersolidariti demi Johor, walaupun berbeza ideologi dan fahaman politik

Namun katanya semua pihak kita perlu cukup matang dan bijaksana untuk mencapai suatu persefahaman yang boleh membawa manfaat kepada semua rakyat yang kita sayangi.

Advertisement

“Walaupun usul itu tidak dapat diluluskan dalam persidangan kali ini, Pakatan Harapan berjanji akan melaksanakan dasar pengecualian cukai harta untuk rumah kos rendah.

“Inilah perbezaan kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Kami adalah goverment in waiting, kami adalah kerajaan alternatif,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top