BM | EN | 中文

“Kalau kehakiman dan eksekutif dibenar operasi, mengapa tidak legislatif? – Guan Eng

Lim-Guan-Eng-2.jpg

Gambar Ehsan The Edge Market

Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membatalkan semula penggantungan Parlimen bagi membolehkan ahli parlimen membangkitkan kelemahan pentadbiran.

Lim berkata, cabang legislatif diperlukan agar wakil rakyat dapat membicangkan isu salah urus dan salah guna kuasa dan penderitaan rakyat.

“Bagaimana masalah dalam salah urus, penyalahgunaan kuasa dan penderitaan rakyat dapat dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa mesyuarat parlimen?

Advertisement

“Bagaimana kegagalan Menteri dalam menjalankan tugas mereka dengan baik dapat diserlahkan?

“Sekiranya cabang Eksekutif dan kehakiman dalam kerajaan dapat berfungsi dengan normal, mengapa tidak cabang Perundangan yang merupakan peringkat tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan negara,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut membangkitkan dan mendesak kerajaan PN menawarkan langkah-langkah kewangan segera yang disertakan bersama PKP demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian.

Advertisement

Konsep pembahagian kuasa atau Separation of Powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman (Judisiari).

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top