BM | EN | 中文

“Kalau hanya tumpu empat negeri, lebih baik bubar PAS Johor”

pas-johor-sejahtera-bersama-islam.png
Advertisement

PONTIAN, 23 SEPT: Parti Pas di Johor disaran agar dibubarkan selepas kenyataan dari Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat yang mencadangkan agar parti itu bertanding serta memberi fokus kepada empat negeri sahaja.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, berdasarkan kenyataan itu jelas Johor bukan sasaran untuk Pas bertanding pada pilihanraya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Ujarnya, Pas yang mempunyai hanya satu Dun di Johor pastinya menemui jalan sukar bagi mendapatkan kerusi tambahan kerana terpaksa bersaing dengan rakan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

“Parlimen mana yang Pas nak bertanding di Johor? Saya cabar Pas Johor senaraikan parlimen mana yang mereka akan bertanding sekiranya benar-benar Pas mahu dilihat masih berfungsi di Johor.

“Dun Bukit Pasir yang dimenangi mereka pun belum tentu akan selamat kerana di situ adalah kubu kuat Umno dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), rakan mereka dalam PN.

“Nasib Pas Johor akan sama seperti di Sabah. Oleh itu saya cadangkan Pas membubarkan parti itu di negeri Johor ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari

menyarankan Pas meletakkan calon di kesemua kawasan Parlimen di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Cadangan itu susulan usul Pas bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi parlimen pada PRU ke-15 yang diluluskan dalam muktamar sayap pemuda parti itu minggu lalu.

Advertisement

Ahli parlimen Pasir Mas itu mencadangkan Pas bertanding di kesemua 14 parlimen di Kelantan, kesemua lapan parlimen di Terengganu, kesemua 15 parlimen Kedah dan kesemua tiga parlimen di Perlis.

Muhammad Taqiuddin Cheman

Justeru itu Taqiuddin yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Johor berkata, Pas perlu bersaing dengan kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di Johor bagi mendapatkan tempat untuk bertanding.

Tambahnya, pada PRU 15 akan datang, Pas akan sedar bahawa mereka hanya diperalatkan sahaja oleh rakan mereka terutamanya Umno yang menggunakan Pas untuk membentuk kerajaan.

Advertisement

“Hakikatnya Pas bukanlah ‘king maker’ seperti yang mereka dakwa. Mereka hanyalah alat bagi memenangkan golongan pengkhianat untuk memerintah.

“Pastinya Pas akan sedar hakikat atau niat sebenar Umno yang menggunakan mereka bagi pada PRU ke-15 nanti. Di situ sekiranya Pas ingin bertanding sendirian mereka sudah terlambat.

“Apa yang saya cadangkan ini adalah dari pemerhatian bahawa Pas membuat keputusan bagi bertanding dalam PRU akan datang.

Advertisement

“Jangan sampai ahli Pas di Johor hanya menjadi golongan yang memacak bendera sahaja seperti yang berlaku di Sabah,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top