BM | EN | 中文

“Kalau BN tak tumbang PRU-14, tak mungkin Najib didakwa”

najib-razak-rosmah-mansor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Kesan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya membawa kepada pendakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kes salah guna kuasa sewaktu pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang lalu.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia adalah kesan perjuangan PH yang akhirnya membawa Najib Razak ke muka pengadilan.

Datuk Seri Salahuddin Ayub

“Sekiranya BN tidak jatuh pada PRU-14, tidak mungkin kes ini dibicarakan. Hari ini menunjukkan kuasa rakyat menolak perasuah membolehkan mereka-mereka seperti ini dibawa ke muka pengadilan,” menurut hantaran ahli parlimen Pulai itu di laman Facebook beliau.

Advertisement

Berkongsi pandangan sama, Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan ketika dihubungi berkata, perjuangan PH sebelum ini untuk mendapatkan keadilan sedang berjalan.

Sebelum ini katanya, PH bukan bercakap kosong berkenaan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd, malah tambahnya ia adalah suatu yang terbukti di waktu ini.

“Ada yang mendakwa kita (PH) bercakap salah dan menfitnah Najib Razak sedangkan apa yang terbukti dalam proses keadilan jelas menunjukkan bahawa beliau bersalah.

Advertisement

“Ini jelas menunjukkan bahawa PH bukan penabur fitnah dan apa yang dilakukan Najib ketika ini perlu dihukum akibat dari salah guna kuasa.

“Jadi tidak timbul dakwaan yang menyatakan selama ini PH hanya memfitnah bekas Perdana Menteri itu (Najib Razak) sedangkan hari ini terbukti perkara itu berlaku,” katanya.

Hari ini Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Advertisement

Ketiga-tiga hakim juga sependapat untuk mengekalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri tersebut.

Panel tiga hakim juga sebulat suara menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan terdahulu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top