BM | EN | 中文

Kakitangan PBT Selangor ganding bahu pasang 2,000 katil pesakit Covid-19

Kakitangan-PBT-Selangor-ganding-bahu-pasang-2000-katil-pesakit-Covid-19.png

Petugas PBT Selangor dan beberapa NGO berganding bahu memasang 2,000 katil bertingkat di di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 28 DIS: Seramai 125 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor berganding bahu memasang 2,000 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 semalam.

Jumlah itu membabitkan 27 petugas Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam (20), Majlis Perbandaran Klang (20), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (17), Majlis Perbandaran Kajang (15), Majlis Daerah Sabak Bernam (8) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (3).

“Kerja ini turut dibantu beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) antaranya Mercy Malaysia, Team Selangor, ARiF Selangor, Unit Pengurusan Bencana Negeri serta kakitangan SUK Negeri Selangor,” menurut kenyataan Jabatan Penerangan Negeri Selangor.

Advertisement

Terdahulu, SelangorKini melaporkan, kerja pemasangan katil bagi menempatkan pesakit Covid-19 bermula jam 9 pagi dan selesai pada 11 malam.

“Sejumlah 2,000 katil bertingkat perlu disiapkan dalam tempoh sehari. Amat mustahil dengan kudrat yang sedikit mampu menjayakan usaha naik taraf dewan PKRC 2.0 ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top