BM | EN | 中文

Kakitangan kerajaan rugi RM187,000 selepas diperdaya ‘Datuk Syafiq’

Scam.jpg
Advertisement

KOTA BHARU, 10 MEI: Panik sebaik dimaklumkan memiliki tunggakan cukai mencecah puluhan ribu ringgit serta terbabit dengan kes pengedaran dadah serta penggubahan wang haram, seorang penjawat awam kerugian RM187,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam.

Modus operandi sindiket itu dengan menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai kanak serta anggota polis berpangkat Datuk kononnya untuk ‘menyelamatkan’ mangsa yang berusia 40-an daripada semua tuduhan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa menerima satu panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN pada awal Mac lalu dan mendakwanya mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM39,000 berkaitan dengan syarikatnya di Johor.

Advertisement

“Mangsa menafikan memiliki sebarang syarikat namun suspek menyatakan bahawa mahkamah dan Bank Negara Malaysia akan membekukan segala aset mangsa sekiranya tidak dapat menjelaskan cukai terbabit.

“Suspek kemudiannya mencadangkan agar mangsa membuat laporan polis bagi menafikan syarikat itu miliknya sekali gus mengelakkan tindakan mahkamah dikenakan terhadapnya.

“Selepas itu panggilan itu disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan mangsa bercakap dengan suspek kedua yang menyamar sebagai anggota polis.

Advertisement

“Suspek itu kemudiannya mendakwa hasil semakan maklumat peribadi yang dibuat, mangsa juga dikehendaki untuk kes pengedaran dadah dan penggubahan wang haram,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, semalam.

Ahmad Azizul berkata, mangsa diugut supaya memberi kerjasama untuk mengelakkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan seterusnya panggilan disambungkan kepada seorang lagi suspek kononnya pegawai atasannya dengan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk Syafiq’ yang mendakwa data peribadi mangsa mungkin sudah dicuri dan digunakan untuk membuka akaun bank bagi menjalankan kegiatan jenayah.

Menurutnya, mangsa yang terpedaya segera menyerahkan maklumat kewangan miliknya kononnya untuk disiasat olehpihak polis bagi membuktikan mangsa tidak menerima sebarang wang haram.

Advertisement

“Suspek yang menyamar Datuk Syafiq turut menyatakan bahawa mangsa perlu menyediakan dana wang kemampuan kewangan sebanyak RM114,000 bagi membuktikan mangsa tidak menerima wang dari kegiatan haram.

“Pada hari berikutnya mangsa ke sebuah bank tempatan untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM114,000 dan sebaik diluluskan, Datuk Syafiq mengarahkan agar mangsa menyerahkan maklumat perbankan dalam talian akaun bank itu kepadanya.

“Suspek kemudiannya menghubungi mangsa dengan memaklumkan transaksi pindahan wang sebanyak RM100,000 dilakukan secara dalam talian ke akaun milik pihak ketiga kononnya pemegang amanah yang dilantik oleh mahkamah dan mengarahkan mangsa memindahkan lagi baki RM14,000 ke akaun satu akaun bank yang lain,” katanya, lapor Harian Metro.

Advertisement

Ahmad Azizul berkata, beberapa hari kemudian, suspek menghubungi lagi mangsa memaklumkan bahawa dia perlu diwakili peguam yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membelanya dalam kes itu dan diminta menyediakan wang lebih kurang RM50,000 untuk bayaran guaman.

Pada hari berikutnya, mangsa sekali lagi ke bank membuat pinjaman sebanyak RM53,000 dan apabila wang pinjaman diluluskan, pindahan wang ke satu akaun bank pihak ketiga kononnya milik peguam yang dilantik oleh KDN untuk mewakili kesnya segera dibuat.

“Pada hujung Mac lalu, mangsa sekali lagi membuat deposit wang RM20,000 ke satu akaun bank milik pihak ketiga yang berbeza selepas suspek menghubunginya supaya menyediakan wang itu sebagai jaminan mahkamah kononnya diarahkan oleh pihak pendakwa raya.

Advertisement

“Lebih sebulan kemudian, mangsa diarahkan untuk melaporkan pergerakannya secara harian kepada suspek bersama gambar lokasi atas alasan antara syarat yang diberikan oleh mahkamah sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

“Mangsa akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok menyatakan ditipu selepas mula curiga,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top