BM | EN | 中文

KAKITANGAN KERAJAAN JUGA IKUT PERUBAHAN – MOHAMAD SABU

mohamad-sabu-rimba-terjun.jpg

PONTIAN, 27 OKT: Kakitangan kerajaan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Katanya, meskipun mengambil sedikit masa, namun kakitangan awam turut bekerjasama kerana memahami bahawa dasar kerajaan PH adalah untuk kepentingan rakyat.

“Rakyat terima kita, maka pada 9 Mei 2018, Pakatan Harapan mengambil alih Johor dan Malaysia.

“Kakitangan kerajaan juga sudah mula buat perubahan,” kata Mohamad Sabu pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rimba Terjun di Pontian, semalam.

Menceritakan pengalaman 11 tahun lalu di Pulau Pinang yang ketika itu ditadbir Pakatan Rakyat buat kali pertama, Mohamad Sabu berkata dasar-dasar yang dilaksanakan adalah jawapan kepada sebarang kritikan.

“Demonstraasi hampir setiap minggu. Sampai satu ketika mereka hantar replika najis kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Begitulah kempen terhadap isu perkauman.

“Tapi kerajaan kita menjawab bukan dengan begitu, (sebaliknya) dengan memberikan perkhidmatan,” kata Mohamad yang juga Menteri Pertahanan.

Tambah Mohamad, antara skim yang pertama kali dilancarkan pada waktu itu termasuk elaun kepada hafiz Al-Quran, kenaikan elaun kepada Imam, Siak Masjid dan guru sekolah pondok.

“Peruntukan kepada Jabatan Agama Islam naik dua kali ganda pada penggal pertama. Penggal ketiga naik tiga kali ganda.

“Di Johor dengan kerajaan (negeri) yang ambil berat hal guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardu Ain), ditambah lagi kenaikan pendapatan mereka di peringkat pusat, sekarang guru KAFA di Johor akan dapat RM1,500 elaun.

“Kita tak bercakap ‘hidup Melayu’, (tapi) duIt Tabung Haji hilang, duit MARA (Majlis Amanah Rakyat) hilang. Kita tak bercakap macam itu.

“Kita deliver (laksanakan),” kata Mohamad lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top