BM | EN | 中文

KAKITANGAN IMIGRESEN, OPERASI KAUNTER BSI DITAMBAH SECARA BERPERINGKAT

KOMPLEKS_CIQ_Johor_Bahru.jpg

JOHOR BAHRU 10 DIS : Kesemua kaunter Jabatan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini akan dibuka secara berperingkat sewaktu musim perayaan dan cuti sekolah ini.

Andrew Chen Kah Eng

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Khas bagi memantau kesesakan di BSI, Andrew Chen Kah Eng memberitahu, perkara tersebut antara langkah yang akan diambil bagi mengurangkan kesesakan di laluan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya mengenalpasti berlaku peningkatan aliran kenderaan di Tambak Johor khususnya semasa musim perayaan.

“Pihak kami sentiasa memantau situasi di BSI khususnya daripada segi keberkesanan operasi termasuklah berkenaan jumlah kakitangan bekerja.

“Pihak Imigresen telah melakukan pertambahan jumlah kakitangan yang secara berperingkat. Objektif akhir kami adalah untuk membuka semua kaunter yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, di sini hari ini.

Sementara itu, Andrew turut memaklumkan projek membina laluan pejalan kaki di sepanjang Tambak Johor masih dalam peringkat perbincangan.

“Projek yang dijangka menelan belanja antara RM15 juta hingga RM30 juta itu masih di peringkat perbincangan awal.

“Namun kerajaan bersetuju pembinaan laluan pejalan kaki itu penting untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya serta menjamin keselamatan penggunanya,” tambahnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top