BM | EN | 中文

Kakitangan, Anggota Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor diraikan

yayasan-kanser-1.jpg

Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat majlis penghargaan dan makan malam bersama anggota dan kakitangan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS : Anggota dan kakitangan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) diraikan dalam satu majlis penghargaan dan makan malam, semalam.

Menerusi status dimuatnaik di Facebook The Royal Johor, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan berangkat pada majlis itu bersama Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, YKTLJ kini mempunyai kekuatan 44 anggota dan kakitangan serta dibantu 900 sukarelawan.

Advertisement

Lebih 1,600 pejuang kanser telah menerima bantuan dalam bentuk peralatan, ubatan serta rawatan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.97 juta dari tempoh Ogos 2016 hingga Oktober 2019.

Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor, YKTLJ telah membaik pulih dan menaiktaraf tiga bangunan di tiga buah hospital menjadi fasiliti utama YKTLJ.

Bangunan berkenaan adalah Kompleks Tunku Laksamana Johor Hospital Permai; Pusat Rawatan Onkologi YKTLJ Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar; dan Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top