BM | EN | 中文

Kak Ros Trending

kak-ros-trending.jpg

Kak Ros Trending

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Watak animasi Upin dan Ipin, Kak Ros ‘trending’ di laman sosial Twitter kerana sebahagian netizen meminta syarikat penerbitan animasi itu berhenti menggunakan bahasa kasar kerana dikhuatiri boleh memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.

“Berhenti guna aku, kau. Kak Ros cakap kasar, terjerit-jerit,” ciapan pengguna akaun twitter @alyaaoreo.

Bagi pengguna akaun twitter @hanifjamals, saranan beliau supaya watak Kak Ros perlu dilembutkan serta menyediakan pengisian moral dalam siri animasi tersebut telah mendapat 12,200 ‘like’ (kesukaan).

Advertisement

Bagi @ahmadmunawar pula, karektor Kak Ros perlu dihentikan agar generasi akan datang tidak terpengaruh dengan gaya kasar watak Kak Ros.

“Kak Ros perlu memainkan peranan kakak dalam budaya asia yang penuh sopan santun dan adab,” katanya.

Sementara itu, di laman sosial Instagram, akaun upinipinofficial karektor Kak Ros menjawab netizen dengan ayat “Marah tak semestinya benci, baik tak semestinya sayang”.

Advertisement

Terdahulu, menerusi akaun Twitter rasmi, Les’ Copaque dilihat meminta pengikut-pengikut mereka di laman sosial berkongsi idea cerita paling unik untuk musim terbaru Upin & Ipin tahun depan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top