BM | EN | 中文

KAJIAN KEPERLUAN KONSEP UNIVERSITI JOHOR DI PERINGKAT AKHIR

gmbr-fail-aminolhuda.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Kerajaan negeri menerusi satu jawatankuasa induk sedang meneliti kajian keperluan dan konsep Universiti Johor yang komprehensif dalam usaha merealisasikan penubuhan universiti tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penubuhan universiti itu adalah satu janji di dalam manifesto kerajaan negeri untuk meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti di negeri ini seterusnya membantu ke arah pembangunan negeri.

Menurutnya, kajian tersebut kini telah berada di peringkat akhir pelaksanaannya dengan kos pelantikan perunding sebanyak RM496,843.62.

Advertisement

Katanya, jawatankuasa induk berkenaan dipengerusikan beliau sendiri dan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Datuk Ramlee A Rahman.

“Konsep Universiti Johor ini hendaklah selaras dengan 10 lonjakan bagi memantapkan sistem pendidikan tinggi negara seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi),”katanya di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Aminolhuda (PH-Parit Yaani) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hahasrin Hashim (BN-Panti) yang meminta dinyatakan secara terperinci hasil kajian dibuat terhadap penubuhan Universiti Johor dengan peruntukan RM500,000.

Advertisement

Aminolhuda berkata, antara syor yang sedang diteliti adalah cadangan untuk menaiktaraf institusi-institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri.
“Pelaksanaan penubuhan Universiti Johor perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan universiti tersebut dapat beroperasi dengan baik dari aspek pengurusan, kurikulum dan kewangan sekali gus menyokong pertumbuhan pesat negeri ini.

“Ia bagi membolehkan Johor sentiasa bersedia membekalkan tenaga kerja mahir dan profesional yang mempunyai kreativiti, inovasi dalam memastikan pembangunan ekonomi negeri Johor kekal pesat membangun, sektor pendidikan telah dikenal pasti sebagai antara sektor pemacu utama bagi meletakkan Johor sebagai kuasa ekonomi serantau,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top