BM | EN | 中文

Kaji semula langkah pemantauan kendiri kes positif Covid-19 di rumah – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 26 JUL: Adun Jementah, Tan Chen Choon mendesak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengkaji semula Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah atau Permantauan Kendiri Kes Positif Covid-19 di rumah.

Katanya, alam perintah tersebut, pesakit Covid-19 dan kontak rapat yang tidak mengalami sebarang gejala atau bergejala ringan diberi arahan untuk menjalani permantauan kendiri di rumah sehingga sembuh atau tamat tempoh permantauan kendiri.

“Saya berpendapat bahawa bukan semua individu sesuai untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah ini.

Advertisement

“Sebaliknya, pihak berkuasa perlu membuat penilaian risiko jangkitan secara teliti oleh pasakit Covid-19 atau kontak rapat kepada ahli-ahli keluarga lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Tan mengagihkan pek barangan keperluan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di DUN Jementah

Ujarnya, aspek persekitaran rumah, kemudahan sanitasi serta kebersihan rumah kepada mereka yang menjalani kuarantin kendiri bersama penghuni rumah perlu diberi diberi perhatian.

“Pesakit Covid-19 dan kontak rapat tidak sesuai menjalani permantauan kendiri di rumah jika mempunyai anggota keluarga yang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak di rumah tersebut.

Advertisement

“Keadaan kebersihan rumah yang kurang memuaskan dan tiada bilik air berasingan khas untuk kegunaan mereka.

“Saya menggesa pegawai kesihatan CAC perlu turun padang dan membuat penilaian berdasarkan kriteria-kriteria rumah sebelum perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah dikeluarkan kepada seseorang pesakit Covid-19 dan kontak rapat.

“Sekiranya rumah mereka tidak memenuhi kriteria permantauan kendiri di rumah, mereka patut dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Coivd-19 Berisiko Rnedah (PKRC),” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top