BM | EN | 中文

“Kaji keperluan wujud Lebuhraya Johor Tengah” – ADUN Mengkibol

Adun-mengkibol.jpg

"Kaji keperluan wujud Lebuhraya Johor Tengah" - ADUN Mengkibol

Advertisement

BATU PAHAT, 23 JAN: Satu kajian mengenai keperluan pembinaan Lebuhraya Johor Tengah melibatkan daerah Kluang, Batu Pahat dan Mersing akan dilaksanakan.

Pembinaan lebuhraya itu dijangka akan membawa aktiviti ekonomi daripada sekadar tertumpu ke ibu negeri di Johor Bahru.

ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, melalui inisiatif Lembaran Johor Tengah yang dicadangkannya, kekayaan di Johor boleh dinikmati seluruh lapisan masyarakat selain menambah peluang pekerjaan melalui aktiviti ekonomi ke zon tengah negeri ini.

Advertisement

“Dengan projek trek berkembar Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang akan siap dibina dalam masa beberapa tahun ini, kita dari Kluang dan Batu Pahat perlu bekerjasama dalam mengambil peluang demi meningkatkan ekonomi setempat.

“Rancangan pembangunan kawasan setempat yang strategik perlu dikaji bagi menambah nilai kepada daerah-daerah ini demi meningkatkan ekonomi serta membuka peluang kepada kemasukan pelaburan dan menarik pelancong ke Kluang dan Batu Pahat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program perkongsian idea berkaitan pembangunan setempat melibatkan daerah Kluang dan Batu Pahat di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), di sini semalam.

Advertisement

Turut hadir; Naib Cansellor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly, Tan Sri Tan Seng Leong, Pengerusi Persatuan Peniaga Cina Kluang, ahli-ahli Persatuan Peniaga Cina Kluang dan Batu Pahat, ahli akademik dan pengurusan UTHM serta pemain industri daripada kedua-dua daerah.

Pada pembentangannya dalam program ‘Industry Management & Networking’ itu, Chong Sin berkata, dengan kewujudan lebuhraya itu, masa perjalanan dapat disingkatkan.

Dalam masa yang sama, ekonomi setempat di Johor Tengah akan meningkat dengan pesat sekaligus dapat memajukan kawasan yang berdekatan.

Advertisement

Justeru itu, kerjasama di antara kerajaan semasa, pemain industri dengan kepakaran dimiliki universiti seperti UTHM adalah penting.

“Ia bagi merangka pembangunan setempat melalui kajian berkaitan demi mendapatkan data dan maklumat yang tepat untuk pembangunan setempat.

“Kepentingan pihak universiti untuk bekerjasama dengan kerajaan pada hari ini untuk mengkaji dan mencari ruang dan peluang yang ada demi kesejahteraan dan pembangunan ekonomi masyarakat,” katanya.

Advertisement

Pada majlis yang sama juga, beliau turut menyampaikan cek bernilai RM 20,000 kepada pihak UTHM sebagai peruntukan dalam menjalankan kajian keberkesanan dan keperluan Lebuhraya Johor Tengah.

Johorkini

 

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top