BM | EN | 中文

Kaitkan Sultan dalam isu speaker DUN Johor tindakan provokasi

aminolhuda-hassan-parit-yaani.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MEI: Tindakan penulis di sebuah portal membangkitkan persoalan berkenaan isu Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat yang dikatakan menentang Sultan Johor adalah tuduhan yang sangat tidak wajar dan bersifat provokasi.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Aminolhuda Hassan berkata kenyataan itu mencemar nama baik semua pihak termasuk Pakatan Harapan (PH) yang tidak ada niat langsung untuk melawan institusi tertinggi dalam negeri ini.

Jelasnya, kenyataan itu berniat jahat kerana turut mengaitkan parti DAP bagi menimbulkan prasangka rakyat terhadap PH.

Advertisement

“Kita menjunjung DYMM Tuanku Sultan Johor dan kenyataan yang mengaitkan Tuanku itu adalah suatu provokasi untuk merosakkan hubungan baik PH dengan institusi tersebut.

“Seharusnya mereka lebih maklum bahawa lantikan speaker dilaksanakan di dalam DUN bukan di luar DUN. Sekiranya mereka ingin berbuat maka tunggu Sidang Dewan Undangan Negeri berjalan.

“Usahl lemah dalam pemerhatian politik sehingga melulu menuduh sebarangan tanpa tahu akan perundangan serta kesan dari apa yang mereka katakan.

Advertisement

“Keharmonian perlu dijaga bagi keberlangsungan perpaduan di negara ini,” kata Aminolhuda dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Parit Yaani berkata seharusnya tumpuan seharusnya diberikan berkenaan kemampuan kerajaan untuk membangunkan negeri.

Ini kerana katanya, kerajaan Johor hari ini bakal berhadapan kesukaran untuk mentadbir negeri lantaran kesan pandemik Covid-19.

Advertisement

Antara cabaran yang dihadapi termasuklah penganjuran program berskala besar negeri seperti Tahun Melawat Johor dan Sukan Malaysia (Sukma).

“Bukan isu Speaker yang harus difikirkan mereka. Apa yang penting adalah kaedah bagi mendapatkan semula sumber kewangan dalam mentadbir negeri Johor sepanjang tahun 2020.

“Kedangkalan ulasan ini hanya menggambarkan kebodohan diri mereka sendiri. Untuk menyelamatkan diri mereka, institusi diraja seperti Sultan Johor dikaitkan bagi menghangatkan kenyataan mereka,” jelasnya lagi.

Advertisement

Tambahnya, parti Amanah dan PH sehingga hari ini masih berusaha memberi tumpuan bagi menyelesaikan masalah rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

Sumbangan serta bantuan berbentuk barang keperluan turut disalurkan dari masa ke semasa yang jelas membuktikan komitmen PH Johor dalam mendepani permasalahan rakyat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top