BM | EN | 中文

Kadi daerah di Johor diminta kenal pasti masjid, surau terlibat COVID-19

datuk-yahya-ahmad-mufti-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Semua kadi daerah di Johor diminta merujuk kepada pegawai kesihatan daerah dan pegawai daerah masing-masing untuk mengenal pasti masjid atau surau di kawasan kampung atau taman perumahan yang disyaki terdapat kes positif COVID-19.

Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata arahan itu adalah titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, susulan beberapa kes positif COVID-19 membabitkan imam, bilal, ahli jawatankuasa (AJK) atau jemaah di beberapa masjid atau surau di negeri ini.

Beliau berkata mereka yang positif telah diarah menjalani kuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala surau serta masjid terlibat diminta disanitasi segera.

Advertisement

“Kadi boleh mengarahkan supaya masjid atau surau yang terlibat mengehadkan kehadiran jemaah untuk solat lima waktu atau solat Jumaat, jika keadaan itu dibimbangi boleh menyebabkan penularan virus itu kepada jemaah lain.

“Jika keadaan lebih kritikal, kadi juga boleh mengarahkan agar masjid atau surau ditutup untuk tempoh munasabah supaya tindakan pembendungan boleh diambil sehingga keadaan kembali terkawal.

“Jemaah di kariah itu hendaklah mengerjakan solat di rumah sahaja,” katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Yahya berkata Sultan Ibrahim turut bertitah agar kadi memberi peringatan tegas kepada AJK masjid dan surau supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung COVID-19.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top