BM | EN | 中文

Kadar tol baharu ringankan beban

tol-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Bermula 1 Februari lepas, kadar tol bagi semua lebuh raya kendalian PLUS akan turun sebanyak 18 peratus selaras dengan pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia pada 23 Januari lalu.

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) antara lapan lebuhraya yang terbabit dalam pelaksanaan penurunan 18 peratus kadar tol, menjadikan kadar tol Plaza Lima Kedai menurun dari RM3.90 kepada RM3.19

Tinjauan Johorkini mendapati rata-rata pengguna memuji pelaksanan ini kerana dapat mengurangkan beban perjalanan pengguna terutamanya mereka yang menggunakan LINKEDUA secara harian ke tempat kerja.

Advertisement

Peniaga, Khairul Fauzi Muhamad, 45 berpendapat penurunan kadar tol merupakan permulaan baik dalam usaha kerajaan merealisasikan manifesto dalam pilihanraya lepas.

Khairul Fauzi

“Tol adalah merupakan antara isu yang menjadi rungutan rakyat walaupun sebahagian rakyat sedar isu tol merupakan perkara rumit untuk diselesaikan terutama dari segi perundangan dan teknikal.

Tambah Khairul lagi, inisiatif kerajaan ini seharusnya diterima secara positif oleh rakyat sebagai langkah menghapuskan tol secara berperingkat.

Advertisement

Bagi pegawai operasi pelabuhan, Fakhri Hakim menerima baik langkah kerajaan menurunkan kadar tol memandangkan beliau menggunakan LINKEDUA setiap hari waktu bekerja.

“Penurunan kadar dapat meringankan beban kos sara hidup, dengan penurunan 18 peratus saya dapat jimat kira-kira RM1.40 sehari dan hampir RM300 untuk sebulan.

Tambah Fakhri lagi, penurunan 18 peratus kadar tol dapat membantu rakyat Johor yang berulang alik kerja di Singapura menggunakan LINKEDUA.

Advertisement

Fakhri Hakim

Kadar tol baharu yang telah berkuatkuasa selama tiga hari ini membabitkan semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) manakala bayaran tol untuk lori (Kelas 2 dan 3) terus kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan hingga tamat Konsesi PLUS pada 2058.

Terdahulu, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng menyatakan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) merupakan langkah berperingkat yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mencapai matlamat akhir untuk menghapuskan tol.

Janji keenam dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas menyatakan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top