BM | EN | 中文

Kadar penginapan hotel di Muar, Johor Bahru meningkat hingga 80 peratus

muar.jpg

Gambar Ehsan Twitter @twt_muo

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OKT: Kadar penginapan hotel di Muar dan Johor Bahru kini telah meningkat dengan purata 70 hingga 80 peratus susulan kebenaran rentas negeri pada 11 Okt lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.

Katanya, setelah sekian lama industri pelancongan menyepi, kini bot-bot di Jeti Mersing juga kembali sibuk.

Advertisement

“Ramai yang mengambil peluang untuk melancong ke Johor setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum kebenaran merentas negeri di seluruh Malaysia pada 11 Okt lepas.

“Kini saya dimaklumkan bahawa pakej-pakej bagi aktiviti ‘island hopping’ di daerah Mersing juga hampir penuh hingga pertengahan bulan 11,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau, di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata, taman tema Legoland juga telah menyaksikan peningkatan pengunjung domestik, berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.

Advertisement

“Terima kasih warga Malaysia kerana menjadikan Johor sebagai destinasi percutian anda. Insya-Allah Johor akan sentiasa dibuka untuk menjadi destinasi yang selamat untuk anda dan keluarga anda,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top