BM | EN | 中文

Kadar pengangguran Melaka meningkat 2.2 peratus pada suku kedua 2020

melaka.jpg
Advertisement

MELAKA, 11 DIS: Melaka mencatatkan peningkatan kadar pengangguran kepada 2.2 peratus atau 9,700 orang pada suku kedua tahun ini berbanding 1.2 peratus atau 5,500 orang pada suku pertama 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Ismail Othman berkata peningkatan kadar pengangguran itu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

“Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka, kadar pengangguran di Melaka pada tahun lepas ialah sekitar 1.1 peratus iaitu kira-kira 4,600 orang.

Advertisement

“Peningkatan kadar pengangguran yang ketara dalam tempoh suku kedua tahun ini disebabkan ramai kehilangan pekerjaan ekoran pelaksanaan PKP dan kerajaan negeri sentiasa peka tentang isu pengangguran yang berlaku,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini, Rabu lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri itu antaranya memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan khususnya dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Terdahulu, Ismail dilaporkan Bernama sebagai berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu mereka yang hilang pekerjaan atau dibuang kerja.

Advertisement

Antaranya sumbangan kit makanan untuk jangka pendek dan mewujudkan pekerjaan menerusi program temu duga terbuka (Penjana Pekerjaan) yang dianjurkan Perkeso Melaka.

Ismail berkata kerajaan negeri juga menggalakkan majikan menyertai program temu duga terbuka yang dijalankan di Pejabat Perkeso Melaka bagi memperluaskan peluang dan ruang kepada mereka yang hilang pekerjaan.

Beliau berkata majikan dan pencari kerja di Melaka juga digalak menggunakan perkhidmatan MyFuture Jobs bagi membolehkan penawaran dan padanan jawatan dicapai secara maksimum.

Advertisement

“Program kaunseling kerjaya dan program Reach-Out kepada masyarakat melalui agensi yang bersesuaian juga dilaksanakan selain program rehiring dan reskilling untuk bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tambahan, di kolej komuniti dan Institut Latihan Perindustrian di Melaka,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top