BM | EN | 中文

Kadar pengangguran dijangka 5.5 peratus, atau 860,000 orang bagi 2020

parlimen_malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JUL: Kadar pengangguran dijangka sebanyak 5.5 peratus, atau bersamaan 860,000 orang bagi tahun 2020, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun katanya, pasaran buruh dijangka mulai pulih pada akhir tahun ini berikutan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang membolehkan operasi perniagaan dibuka sepenuhnya pada 10 Jun 2020.

Muhyiddin berkata demikian dalam jawapan lisan kepada soalan Rubiah Haji Wang (Kota Samarahan) pada persidangan Dewan Rakyat
Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, hari ini.

Advertisement

“Dalam usaha menangani kadar pengangguran yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM15 bilion melalui PRIHATIN dan PENJANA untuk dapat membantu hampir 3.3 juta rakyat yang terkesan dengan COVID-19.

“Antara inisiatif tersebut adalah seperti Program Subsidi Upah, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan,” katanya.

Tambah Muhyiddin, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan ekonomi bagi jangka panjang dan akan dibentangkan pada bulan Oktober 2020.

Advertisement

“Antara lain, ia akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam pasaran buruh, reformasi institusi awam dan kerangka urus tadbir serta pelaksanaan pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat.

“Di samping pelbagai langkah yang akan diperkenalkan dalam Bajet 2021 pada 6 November 2020, kerajaan juga sedang merangka pelbagai dasar dan strategi khusus untuk menstruktur dan mengukuhkan semula ekonomi serta menangani ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 yang akan dibentangkan awal tahun 2021,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top