BM | EN | 中文

Kadar kematian masih tinggi meskipun kes jangkitan Covid-19 menurun

YB-Lim-Kit-Siang.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Malaysia perlu meletakkan sasaran untuk menurunkan angka kes kepada julat empat angka seterusnya ke bawah paras 4,000 kes – angka kes harian baharu Covid-19 yang sepatutnya dicatatkan tiga bulan lalu di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, angka kes jangkitan menurun kepada 10,959 baru-baru ini yang memberi bayangan penurunan berterusan kepada julat empat angka seterusnya tiga angka, namun tenggelam ekoran tiga peristiwa.

“Pertama, Malaysia telah melepasi paras 2.2 juta untuk jumlah keseluruhan kes Covid-19 semalam, bakal memintas Ukraine untuk berada di kedudukan ke-19 antara negara-negara dengan kes keseluruhan Covid-19 tertinggi.

Advertisement

“Kedua, Malaysia terus mencatatkan kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi, dengan 258 kematian akibat wabak itu dicatatkan semalam (75 daripadanya adalah kematian di luar fasiliti (BID)), menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 25,695 kes. Pada kadar ini, Malaysia akan mengumpulkan lebih 26,000 kematian akibat Covid-19 menjelang akhir bulan ini.

“Ketiga, penurunan jumlah kes harian baharu Covid-19 di negara ini dibayangi penurunan ketara dalam angka kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 yang berlaku di negara-negara lain. Malaysia merekodkan angka kes kematian akibat Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia (118 semalam), Thailand (101), Vietnam (174), India (137), Brazil (169), Turki (206), Perancis (74) dan United Kingdom (40),” kata Kit Siang, lapor Roketkini

Katanya semalam, Malaysia ditempatkan sebagai negara ke-4 di dunia dengan angka kematian akibat Covid-19 tertinggi, tewas hanya kepada Rusia (779), Iran (289) dan Amerika Syarikat (264) dan perkara ini memerlukan perhatian segera Menteri Kesihatam, Khairy Jamaluddin.

Advertisement

“Malaysia juga tewas kepada Indonesia dalam kategori kes harian baharu Covid-19 — Indonesia mencatatkan penurunan dari puncak 56,757 kes pada 15 Julai kepada 1,300 kes semalam, sementara Malaysia masih bergelut untuk menurunkan angka kes jangkitan dari puncak 24,599 pada 26 Ogos kepada julat empat angka. Indonesia telah menurunkan kes mereka ke julat empat angka selama sebulan dan bakal mencatatkan kes tiga angka lebih awal daripada Malaysia.

“Kita juga tewas kepada Thailand dan Vietnam, masing-masing merekodkan 10,288 dan 9,362 kes harian baharu Covid-19 semalam. Kes Covid-19 di India menurun dari puncak 414,433 kes pada 6 Mei kepada 16,697 kes semalam — pengurangan sebanyak 96%!

“Adakah keterlaluan untuk mengharapkan kes harian baharu Covid-19 di Malaysia menurun dari puncak 24,599 kes pada 26 Ogos kepada julat tiga angka? soal veteran DAP itu lagi.

Advertisement

Justeru katanya, angka kes harian baharu Covid-19 terendah dalam tempoh dua bulan setengah yang menandakan pelancaran Rancangan Malaysia ke-12 oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri di Parlimen semalam, perlu terus menurun dan tidak meningkat pada hari-hari mendatang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top