JOHOR BAHRU, 9 FEB: Dijangkakan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menurun pada tahun 2020, menurut kenyataan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di laman twitternya, semalam.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipetik MIROS, bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya menunjukkan trend penurunan yang ketara.
“Pada tahun 2016, sebanyak 7,152 kematian dicatatkan manakala 6,167 kematian pada tahun 2019. Pengurangan kematian sebanyak 985 kematian atau penurunan kadar 13.7 peratus dalam tempoh empat tahun,” katanya.
Terdahulu, MIROS telah menjalankan kajian bertajuk “Predicting Malaysian Road Fatalities for year 2020” yang pada tahun 2012 yang menjangkakan kematian akibat kemalangan meningkat sehingga 10716 menjelang 2020 jika tiada intervensi keselamatan jalan raya.
Namun, tren penurunan menjelang 2020 merupakan hasil daripada program intervensi keselamatan jalan raya seperti penguatkuasaan,kejuruteraan jalan dan persekitaran serta pendidikan berterusan.
Johorkini