BM | EN | 中文

Kadar kemalangan maut di tapak pembinaan menurun

mohd-Jais-2-01-scaled.jpg

Mohamad Jais (dua, kanan) menerima cenderahati ketika hadir merasmikan Program 8 Juta Bekerja Jam Bekerja Tanpa Kemalangan Syarikat Kimlun Sdn Bhd di Iskandar Puteri, hari ini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 31 DIS : Sebanyak 15 kemalangan maut di tapak pembinaan direkodkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor sepanjang tahun 2019.

Pengarah JKKP Johor, Mohamad Jais Suratman berkata, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding 18 kematian direkodkan pada tahun 2018.

“Penurunan ini amat membanggakan. Saya harap syarikat kontraktor, pemaju, pekerja bersama-sama terus komited bekerja secara selamat dan sihat.

Advertisement

“Tambahan pula faedah yang diperolehi akhirnya mereka yang dapat. Mereka pekerja ini datang dari jauh, datang menaiki kapal terbang sudah tentu pulang pun mahu menaiki kapal terbang dan sebaliknya bukan ditempatkan di dalam kotak (keranda),”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas merasmikan Program 8 Juta Bekerja Jam Bekerja Tanpa Kemalangan Syarikat Kimlun Sdn Bhd di Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Tambahnya, melalui Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2015-2020 yang dilaksanakan, JKKP Johor telah berjaya mencapai sasaran bagi kadar kemalangan dan kadar kemalangan maut.

Advertisement

Jelasnya, pihaknya mensasarkan pada akhir tahun 2020 kadar kemalangan turun 2.53 peratus per 1,000 pekerja, manakala kadar kemalangan maut pula turun 4.36 peratus per 100,000 pekerja.

“Tahun lepas 2018, kadar kemalangan telah turun 2.4 peratus jadi sudah mencapai sasaran. Namun masih ada setahun lebih lagi untuk pastikan ia tidak meningkat melebihi yang kita tetapkan.

“Begitu juga kadar kemalangan maut turun 4.14 peratus pada tahun lepas dan diharap tahun 2020 ia tidak meningkat,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top