BM | EN | 中文

KAD SIHAT JOHOR DITERUSKAN, RAKYAT SAMBUT BAIK

IMG-20191124-WA0000.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Langkah kerajaan negeri meneruskan program Kad Sihat Johor, yang merupakan salah satu akujanji Pakatan Harapan disambut baik rakyat di negeri ini.

Rata-rata meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana inisiatif seperti itu akan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Advertisement

Hurun Ain

Seorang jururawat Hurun Ain Abd Halim, 26, berkata usaha ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin kerana ada golongan yang hanya mampu bergantung untuk mendapatkan rawatan di klinik awam.

“Dengan adanya penerima untuk program seperti ini, sekaligus kesesakan di klinik awam juga dapat diatasi,” katanya.

Termit Singh

Seorang penduduk di sini, Termit Singh, 26, berkata usaha untuk meneruskan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Advertisement

“Sebagai rakyat Johor, langkah ini bukan sahaja akan membantu tetapi juga akan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan,” katanya.

Nurul Asyiqeen

Bagi seorang ejen jualan, Nurul Asyiqeen Abu Hassan, 33, dia berpendapat bahawa inisiatif tersebut akan memberikan ruang kepada penerima dari golongan tidak berkemampuan untuk menikmati manfaat seperti orang lain.

“Langkah untuk meneruskan program Kad Sihat Johor ini memang bagus atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat,” katanya.

Advertisement

Dalam pembentangan Belanjawan Johor 2020, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumkan bahawa seramai 28,000 keluarga dan 19,000 individu disasarkan untuk terima manfaat daripada Kad Sihat Johor ini.

Kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan awal sebanyak RM2 juta untuk perlaksanaan inisiatif tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top