BM | EN | 中文

KAD SIHAT JOHOR BANTU IBU TUNGGAL, WARGA EMAS

Rokiah-Abdul.jpg
Advertisement

PONTIAN, 27 OKT: Sememangnya kehidupan sebagai ibu tunggal amat mencabar. Tambahan pula jika berseorangan membesarkan anak yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Namun kata Rokiah Abdul, 64, melalui Kad Sihat Johor yang diperolehinya semenjak 2018, ia dapat meringankan beban yang ditanggung.

Warga emas yang lebih mesra dipanggil Mak Kiah memberitahu, dengan Kad Sihat Johor beliau boleh mendapat rawatan selain dibekalkan dengan ubat-ubatan dari klinik berhampiran.

Advertisement

“Kalau sakit lutut, saya dapat ubat sakit lutut. Kalau sakit pinggang doktor akan beri ‘koyok’.

“Memang setuju dengan Kad Sihat (Johor). Ubat-ubat yang diberi pun memang serasi,” kata Mak Kiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perpat Timbul dekat pekan Serkat.

Pelaksanaan Kad Sihat Johor merupakan salah satu Janji Manifesto 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan Johor.

Advertisement

Secara dasarnya, pelaksanaan Kad Sihat Johor bertujuan membantu golongan Kumpulan B40 di Johor.

Pemilik Kad Sihat Johor berhak menerima rawatan kesihatan dan perubatan dari hospital dan klinik swasta.

Kad Sihat Johor bernilai RM500 setahun bagi setiap keluarga dan RM200 bagi setiap individu.

Advertisement

Program Kad Sihat ini baharu sahaja diperkenalkan di Johor pada Ogos 2018.

Setakat September hingga Disember 2018, seramai 3,754 penerima Kad Sihat (fasa 1) telah menerima manfaat terdiri daripada golongan e-Kasih bagi setiap daerah di Johor.

Manakala bagi Januari hingga September 2019, seramai 9,745 penerima Kad Sihat (fasa 2) telah menerima manfaat terdiri daripada golongan kumpulan B40 bagi setiap daerah di Negeri Johor.

Advertisement

Dalam pada itu kata Mak Kiah, sesekali beliau dan anaknya, Anisa, 25 akan ke Pasir Gudang untuk ke rumah anaknya yang lain.

Disana, Mak Kiah berkata, dia masih boleh mendapatkan rawatan di klinik panel yang menerima Kad SIhat Johor.

“Kalau saya ke Pasir Gudang pun boleh guna (Kad Sihat Johor). Di sini, (Pontian) pun boleh guna. Biasanya Mak Kiah akan ke Klinik Penawar.

Advertisement

“Memang membantu dan memudahkan. Lebih-lebih lagi macam saya, suri rumah sepenuh masa,” kata Mak Kiah memberitahu berhajat untuk mengemaskini Kad Sihat Johor untuk tahun 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top