BM | EN | 中文

Kabotaj: Kerajaan perlu selamatkan masa depan industri digital, perkapalan Malaysia

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 APR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat keputusan serta-merta antara meneruskan dasar kabotaj Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang gagal atau menyelamatkan masa depan digital Malaysia.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin tidak boleh berlengah-lengah dua minggu untuk ‘semakan semula yang tidak bermakna.’

“Adakah Kerajaan PN sekarang begitu tidak tegas dan tidak kompeten sehingga mereka perlu melibatkan enam kementerian dalam perkara yang mudah seperti ini?

Advertisement

“Di bawah Pakatan Harapan (PH), perkara ini diputuskan dengan berkesan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa sebarang masalah berdasarkan amalan terbaik antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kabinet sebelum ini dilaporkan mengarahkan kementerian berkaitan mengemukakan laporan mengenai kesan pengecualian dasar kabotaj terhadap pelaburan digital dan industri perkapalan tempatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata ia membabitkan kementeriannya, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Advertisement

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, pengecualian kabotaj yang membolehkan kapal asing melakukan pembaikan kabel dasar laut ini telah diberikan pada Mac 2019 oleh Menteri Pengangkutan PH. Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menarik balik pengecualian kabotaj pada 13 November 2020.

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan Roketkini berkata, syarikat teknologi seperti Google, Facebook, Amazon dan Microsoft telah menulis surat kepada Perdana Menteri sebanyak dua kali, membuat permintaan mendesak untuk mengembalikan pengecualian tersebut.

Advertisement

“Keempat-empat syarikat teknologi itu menyatakan bahawa pembatalan pengecualian kabotaj telah mengurangkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan untuk teknologi, menyekat rakyat dan perniagaan Malaysia yang bergantung pada Internet serta melanggar Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).” katanya.

Pembatalan oleh Wee Ka Siong yang juga ahli parlimen Ayer Hitam itu akan menghalang pencapaian objektif MyDigital, seperti menarik lebih banyak kabel dasar laut dan pelaburan pusat data ke negara ini, meningkatkan daya saing ekonomi melalui digitalisasi, dan mengembangkan bakat digital yang kompetitif di peringkat antarabangsa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top