BM | EN | 中文

KABINET SETUJU GOJEK DILAKSANA

A5F1D01B-5383-4B43-9F1B-F04CDF9B68EE.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Kabinet hari ini meluluskan cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motorsikal, Go-Jek.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, kajian berhubung mekanisme pelaksanaan perkhidmatan tersebut serta undang-undang berkaitan akan dikaji oleh Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

“Secara prinsipnya, Kabinet hari ini bersetuju melaksanakan GoJek dengan syarat Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan berbincang secara lanjut lagi terperinci, termasuk dari sudut membuka ruang dan peluang membangunkan ekonomi anak muda serta mengemukakan undang-undang khusus mengenainya.

Advertisement

“Undang-undang khusus untuk GoJek belum ada lagi. Oleh itu, dua kementerian berkenaan diarah untuk menyedia dan memperincikannya bagi membenarkan GoJek dimajukan.

“Ia tidak begitu sukar, sebagai contoh undang-undang sedia ada membabitkan ‘geofencing’ (kawasan dibenarkan untuk perkhidmatan), kita tidak boleh menempatkan GoJek di lebuh raya yang akan membawa kemudaratan dari segi keselamatan dan sebagainya,” Redzuan dipetik sebagai berkata dalam laporan Berita Harian.

Redzuan berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran TEKUN MART Mobile, di Putrajaya, hari ini.

Advertisement

Menurutnya lagi, cadangan memperkenalkan perkhidmatan tersebut dibentangkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Kabinet.

Sebelum ini, Syed Saddiq, yang juga Ahli Parlimen Muar, bercadang memperkenalkan perkhidmatan Go-Jek dalam negara bagi membantu golongan anak muda yang memiliki motosikal untuk membuat perniagaan kecil dengan menggunakan kenderaan itu.

 

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top