BM | EN | 中文

Kabinet perlu dengar nasihat TMJ – Kit Siang

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 JUL: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menegaskan barisan kabinet perlu mengikut nasihat Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar tidak berpolitik dan memberikan tumpuan kepada krisis kesihatan yang melanda negara.

Kata Kit Siang, kerajaan perlu menjemput semua pemimpin parti politik ke Persidangan Meja Bulat mengenai pandemik Covid-19.

“Dengan mencecah lima angka jumlah kes baharu Covid-19 semalam, Malaysia berada di tempat ke-13 dengan kadar kes baharu tertinggi di dunia.

Advertisement

“…satu ukuran betapa besarnya kegagalan pengisytiharan darurat kerajaan untuk melawan wabak ini, sedangkan dua bulan sebelum darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021, Malaysia berada di tempat ke-85 dari segi jumlah kes terkumpul.

“Kita telah mengatasi 53 negara dan kini berada di tangga ke-32 dengan 855.949 kes Covid-19 dan 6.385 kematian Covid-19,” katanya, lapor Roketkini.

Tambah Kit Siang lagi, kabinet dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengecewakan negara dalam perang melawan Covid-19.

Advertisement

Oleh itu, katanya, Muhyiddin harus mengundurkan diri secara terhormat kerana tidak dapat menunjukkan bahawa memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Namun begitu, Kit Siang berkata rakyat bersedia untuk menolak semua pertimbangan politik untuk memberi fokus kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang dihadapi kini.

“Tetapi, rakyat Malaysia bersedia untuk mengetepikan pertimbangan politik untuk menumpukan semua usaha kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang dihadapi oleh negara, dengan syarat, Kabinet juga bersedia untuk berbuat demikian,” ujarnya.

Advertisement

Tegas beliau, berdasarkan situasi semasa, persidangan Parlimen adalah sangat penting bukan sahaja bagi Kabinet tetapi juga untuk negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top