BM | EN | 中文

‘Kabinet mega’ dijangka berulang

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 25 OGOS: ‘Barisan kabinet mega’ dijangka bakal berulang di bawah Perdana Menteri baharu, kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Taqiuddin Cheman.

Ini kerana terdapat perselisihan dalam gabungan parti pemerintah dan Ismail Sabri dilihat masih belum dapat mencari penyelesaian bagi memastikan kerajaan yang stabil.

“Dalam tempoh tidak sampai 24 jam beliau mengangkat sumpah, sudah kedengaran pelbagai permintaan dan perselisihan sesama mereka dalam menentukan bentuk kerajaan yang ingin dibawa.

Advertisement

“Tidak kurang juga kenyataan secara terang-terangan mahu nama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikekalkan bagi memperlihatkan dominasi parti PN dalam kerajaan,” kata Taqiuddin dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau, perebutan secara terbuka jawatan Timbalan Perdana Menteri dilihat terutamanya dalam kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ujarnya lagi ini menunjukkan kerajaan sekarang masih bergelut untuk memenuhi kehendak parti masing-masing melebihi kepentingan menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Advertisement

“Maka tidak hairan mengapa Ismail Sabri tidak berminat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama pembangkang meskipun saranan dari istana supaya membawa polisi ‘yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’.

“Pemuda Amanah melahirkan rasa bimbang sekiranya jalan mudah diambil Ismail Sabri untuk memenuhi kehendak semua parti yang menganggotai kerajaan dengan membentuk saiz kabinet yang besar.

“Ini sekali lagi bertentangan dengan hasrat rakyat agar perbelanjaan membiayai kabinet dikurangkan dalam kerajaan baru ini.

Advertisement

“Pemuda Amanah ingin mengingatkan Ismail Sabri agar tidak mengulangi kesilapan dan kegagalan sama seperti kerajaan sebelum ini semata-mata memenuhi tuntutan pihak tertentu dalam gabungan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top