BM | EN | 中文

Ka Siong tidak matang – ADUN Perling

IMG-20200220-WA0000.jpg

ADUN Perling, Cheo Yee How

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong disaran untuk berjiwa besar dalam menerima segala dasar yang baik yang dilaksanakan kerajaan untuk rakyat di negara ini.

ADUN Perling, Cheo Yee How berkata, tindakan Ka Siong yang dilihat berkeras dalam mempertahankan hujahnya berkenaan program Peduli Sihat dan MySalam mencerminkan diri beliau sebagai pemimpin yang tidak matang.

Menurutnya, Ka Siong seharusnya membantu rakyat di Ayer Hitam dengan mempermudahkan urusan rakyat di sana dan bukan menjatuhkan hukuman bahawa skim dan program kerajaan itu tidak baik untuk rakyat.

Advertisement

“Dr Wee yang tinggal di Johor ini harus melihat pelbagai perkara yang baik telah dilakukan oleh kerajaan negeri di sini dan khusus untuk golongan B40 seperti dakwaan beliau.

“Beliau mungkin tidak mahu maklum berkenaan dengan usaha kerajaan negeri teurtamanya yang banyak membantu golongan berkenaan.

“Bukan sahaja Kad Peduli Sihat dan MySalam malah pelbagai lagi insiatif yang kerajaan berikan kepada golongan tersebut seperti Rumah Mampu Biaya (RMB) Johor,”katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Dalam pada itu, Yee How turut menyuarakan pandangan berkenaan birokrasi yang didakwa Ka Siong berlaku sewaktu proses permohonan program dan skim tersebut.

“Saya rasa Dr Wee baru kenal erti birokrasi. Di zaman pemerintahan BN pun wujud birokrasi dan kita sebagai ADUN akan berusaha untuk membantu rakyat sehingga siap atau sempurna bukan sekadar hanya mendengar keluhan.

“Permasalahan rakyat kita perlu selesaikan dan jangan hanya lagak mahu jadi hero memekik tanpa membantu rakyat di kawasan Ayer Hitam,”katanya lagi.

Advertisement

Beliau turut berpendapat agar Ka Siong mengambil langkah yang lebih proaktif mewujudkan pasukan khas menangani permasalahan birokrasi untuk memudahkan kerjanya.

“Saya harap Dr Wee mampu belajar hidup menyelesaikan permasalahan bukan dengan hanya bersuara bising tanpa sebarang tindakan membantu rakyat.

“Tubuhlah pasukan untuk menyelesaikan masalah rakyat atau wujudkan kelas tambahan kepada kakitangan MCA di Ayer Hitam untuk belajar cara isi ‘form’ dalam talian dan itu lebih memudahkan,” tegasnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top