BM | EN | 中文

JURUELEKTRIK DITAHAN MENCURI

mesin-gincu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT : Seorang juruelektrik ditahan pagi tadi selepas disyaki mencuri di sebuah kedai dekat taman Eko Botani, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pengadu membuat laporan setelah menyedari tiga unit pintu kaca mesin gincu di kedai itu telah terbuka dan pecah.

Katanya, setelah rakaman litar tertutup (CCTV) dirujuk didapati pada tarikh yang sama antara jam 12.12 hingga 12.18 pagi terdapat sekeluarga bangsa tidak pasti telah masuk ke dalam arked berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, salah seorang dari suspek telah memecahkan pintu kaca arked tersebut dan mengambil satu unit telefon bimbit serta satu unit jam di dalam mesin gincu berkenaan.

“Kemudian pada jam 6.40 pagi hingga 6.46 pagi terdapat seorang lelaki bangsa tidak pasti telah mengambil satu unit jam. Jumlah kerugian yang dialami sebanyak RM4,399.

“Siasatan melalui rakaman CCTV di luar premis mendapati suspek datang menaiki sebuah kereta jenis Honda City berwarna merah,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Dzulkhairi berkata, kira-kira jam 7 pagi tadi polis bantuan Eco Botanic memaklumkan seorang lelaki berada di kedai arked tersebut menaiki sebuah Honda City berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.

“Susulan itu pasukan polis bantuan cuba mengesan kereta tersebut dan telah terserempak di Jalan Eco Botanic.

“Semasa anggota polis bantuan cuba menahan kereta tersebut, lelaki di dalamnya enggan berhenti.

Advertisement

“Namun anggota berjaya menahan kereta berkenaan di tepi jalan menghala ke Nusa Sentral sebelum meminta bantuan anggota polis peronda dan tangkapan semula dilakukan daripada polis bantuan,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 37 tahun itu positif dadah.

“Suspek direman dua hari sehingga esok. Semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top