BM | EN | 中文

Jun 2021 tarikh akhir daftar vaksin tak rasional – Adun Jementah

Jun-2021-tarikh-akhir-daftar-vaksin-tak-rasional-Adun-Jementah.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 5 APR: Penetapan tarikh akhir bagi pendaftaran Vaksin Covid-19 pada Jun 2021 adalah tidak rasional, tidak bersesuaian dan tidak realistik.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, keputusan itu seolah tidak mempertimbangkan faktor-faktor lain yang menyebabkan kadar pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang secara relatifnya rendah.

Katanya, keputusan itu memberi tekanan kepada rakyat Malaysia dan memaksa mereka membuat pendaftaran penananam vaksin Covid-19 sebelum atau pada tempoh masa yang ditetapkan.

Advertisement

“Paksaan tersebut akan menjadi salah satu punca penurunan kadar pendaftaran bagi PICK dan seterusnya gagal mencapai hasrat imuniti kelompok.

“Paksaan ini berkemungkinan menimbulkan kesan sebaliknya kerana segelintir daripada kalangan mereka masih kekurangan maklumat tentang proses vaksinasi, atau kekurangan capaian internet di kawasan luar bandar dan pedalaman,” kata Tan dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pendaftaran vaksinasi Covid-19 dibuka lebih sebulan, namun kadar pendaftaran vaksinasi kebangsaan belum mencapai 8 juta, iaitu belum mencapai 30 peratus dari 27 juta sasaran komuniti kelompok yang ditetapkan.

Advertisement

“Ini telah menunjukan rakyat Malaysia masih timbul persoalan dan keraguan terhadap proses vaksinasi atau apa jua maklumat tentang Vaksin Covid-19.

“Justeru, kerajaan harus mempergiat usaha hebahan kepentingan PICK terhadap rakyat diri sendiri dan juga negara Malaysia serta memperbanyakkan lagi program pendaftaran Vaksin Covid-19 bagi menggalakkan rakyat berdaftar,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengarahkan kakitangan awam ke kawasan luar bandar, pedalaman serta perkampungan orang asli bagi menyampaikan ilmu pengetahuan, meningkatkan publisiti serta kepentingan suntikan vaksin Covid-19.

Advertisement

“Dengan cara ini, kakitangan atau penjawat awam bukan sahaja dapat membantu mereka membuat pendaftaran penanaman vaksin Covid-19, malah meyakinkan mereka dan akhirnya mencapai sasaran 80 peratus daripada 32 juta populasi mendapat komuniti kelompok,” katanya lagi.

Terdahulu, Tan hadir ke kaunter bergerak pendaftaran vaksinasi Covid-19 di TPS Food Café Jalan Buloh Kasap, Segamat, baru-baru ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top