BM | EN | 中文

Jumlah orang awam di Johor dapatkan penilaian kesihatan mental meningkat pada Ogos

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Jumlah orang awam yang mengunjungi Klinik Kesihatan untuk mendapatkan penilaian masalah kesihatan mental di negeri ini naik mendadak pada Ogos lepas berbanding Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata, jumlah klien yang hadir ke klinik pada Jun dan Julai masing-masing seramai 32 dan 46 orang, namun pada Ogos meningkat kepada 678 klien.

Menurut beliau, peningkatan ini kerana promosi soal selidik Minda Sihat dalam talian (QR-DASS) Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dilancarkan pada 9 Ogos yang memberi akses kepada orang awam membuat saringan sendiri.

Advertisement

Menerusi soal selidik ini, setiap individu akan dinilai berdasarkan 21 soalan bagi menentukan sama ada mereka mempunyai tanda-tanda depresi, kebimbangan atau tekanan.

Sebagai contoh, untuk kes kebimbangan yang sangat teruk, skor saringan adalah melebihi angka 11 manakala kes tekanan sangat teruk melebihi angka 18.

“Pada Ogos, seramai 287,204 individu didapati telah menggunakan QR-DASS untuk menyaring diri sendiri, diikuti seramai 7,311 orang pada September.

Advertisement

“Bagi mereka yang mempunyai skor yang tinggi iaitu teruk dan sangat teruk, mereka telah diberikan pautan untuk mendapatkan janji temu dalam talian di mana-mana klinik kesihatan di negeri Johor bagi membuat penilaian lanjut masalah kesihatan mental mereka,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, hari ini.

Vidyananthan berkata demikian bagi menjawab soalan Sheikh Umar Bagharib Ali (PH-Paloh) yang ingin tahu langkah proaktif diambil kerajaan Johor dalam memastikan pencegahan tekanan mental dan emosi rakyat semasa pandemik COVID-19.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top