BM | EN | 中文

Jumlah mangsa di Segamat kekal 138 orang setakat jam 4 petang

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Jumlah mangsa banjir di Segamat yang ditempatkan di dua Pusat Permindahan Sementara (PPS) di daerah ini kekal 138 orang setakat jam 4 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, seramai 80 mangsa di tempatkan di Balairaya Kampung Batu Badak dan 58 orang mangsa ditempatkan di Dewan Kampung Tandong, Buloh Kasap.

“Setakat ini, kawasan yang terjejas adalah di Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Tandong,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Tambahnya, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh agensi-agensi terlibat dari semasa ke semasa meskipun keadaan cuaca yang cerah, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan agensi yang terlibat termasuklah Pejabat Daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Rela.

“Lain-lain agensi yang terlibat termasuklah pihak Ranhill SAJ, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Penghulu Mukim, Jabatan Kerjaraya (JKR) dan lain-lain lagi,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top