BM | EN | 中文

Jumlah mangsa banjir Johor sehingga malam tadi 177 orang

banjir-johor-batu-pahat.jpg

JOHOR BAHRU, 28 JUN: Keadaan banjir di dua daerah di Johor bertambah baik dengan hanya 177 mangsa merangkumi 47 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 241 orang daripada 63 keluarga yang direkodkan pagi semalam

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata sebuah PPS di Batu Pahat iaitu Sekolah Kebangsaan Peserai ditutup pada 5 petang semalam

Bernama melaporkan, masih ada tiga PPS yang beroperasi ketika ini iaitu dua di Muar dan satu di Batu Pahat.

“Dua PPS di Muar menempatkan 145 mangsa daripada 40 keluarga sementara di Batu Pahat masih ada 32 mangsa melibatkan tujuh keluarga di sebuah PPS,” kata Vidyananthan dalam kenyataan malam tadi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top